Pages

Tuesday, 26 February 2013

Perlawanan Kelantan FA vs PKNS FC Ditangguh

Perlawanan PIALA FA Pusingan Kedua (Kalah Mati) bagi Kelantan TRW menentang PKNS FC terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak akibat keadaan padang yang tidak sempurna dipenuhi air bertakung. Sebelum keputusan ditanggukan perlawanan ke tarikh lain ia diumumkan akan ditangguhkan 1 jam dari tarikh permulaan perlawanan iaitu jam 8.45mlm ke 9.45mlm untuk kerja-kerja pembersihan.


                                     Gambar Keadaan Padang Stadium Pada Sebelah Petang

Akan tetapi selepas pemeriksaan dijalan Komisioner Perlawanan telah bersetuju untuk membatalkan perlawanan pada malam ini atas faktor-faktor keselamatan pemain akibat permukaan padang yang tidak sempurna. Pegawai perlawanan bersetuju perlawanan akan ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Kredit Foto : Pegawai Media KAFA iaitu Md Zuki dan www.theredwarriorsfc.com


0 comments:

Post a Comment