Pages

Wednesday, 27 February 2013

Perangai Oghe Kelate

Hari ini ambo nok ulas tentang perangai oghe kelate. Kalau sebut pasal org kelante mesti ramai masyarakat di luar akan mentafsirkan org kelantan ni seorang yg samseng (gedebe), suka berpuak-puak dan minda sempit tidak berkembang.



Sebenarnya semua tanggapan itu salah sama kerana orang kelante ni budaya kenegeriannya sangat kuat, itu yang menyebabkan sesetengah masyarat tersalah anggap tentang orang kelantan. Sifat sayangkan negerian dan kemesraan antara masyarakat negeri kelantan cukup utuh dan mesra, bahkan jika berada di perantauan maka semangat itu akan menjadi semakin kuat. Semangat sayangkan negeri dan kemesraan antara manusia sepatutnya diamalkan oleh semua orang. 

Jadi kepada sesiapa yang belum ada semangat itu di dalam diri bolehkan ambil iktibar dan sebagai pedoman dari orang kelante. Hanya ambil yang baik-baik sahaja jangan ditiru kesemua kerana manusia tidak semua sempurna. Kita hanya manusia yg tidak sempurna. Wasalam

Tuesday, 26 February 2013

Perlawanan Kelantan FA vs PKNS FC Ditangguh

Perlawanan PIALA FA Pusingan Kedua (Kalah Mati) bagi Kelantan TRW menentang PKNS FC terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak akibat keadaan padang yang tidak sempurna dipenuhi air bertakung. Sebelum keputusan ditanggukan perlawanan ke tarikh lain ia diumumkan akan ditangguhkan 1 jam dari tarikh permulaan perlawanan iaitu jam 8.45mlm ke 9.45mlm untuk kerja-kerja pembersihan.


                                     Gambar Keadaan Padang Stadium Pada Sebelah Petang

Akan tetapi selepas pemeriksaan dijalan Komisioner Perlawanan telah bersetuju untuk membatalkan perlawanan pada malam ini atas faktor-faktor keselamatan pemain akibat permukaan padang yang tidak sempurna. Pegawai perlawanan bersetuju perlawanan akan ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Kredit Foto : Pegawai Media KAFA iaitu Md Zuki dan www.theredwarriorsfc.com


Sri Tanjung Kuala Juara Dikir Barat


KOTA BHARU 24 Feb. - Kumpulan Sri Tanjung Kuala, Pantai Sabak, Pengkalan Chepa muncul johan Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan yang berlangsung di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan di Tanjung Chat, di sini malam tadi.

Dalam pertandingan itu, Sri Tanjung Kuala menewaskan wakil Tumpat, Sri Istana dan selaku juara, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM40,000, piala dan sijil manakala naib johan menerima RM30,000, piala serta sijil.

Kumpulan Sri Tanjung Kuala turut memenangi juara terbaik menerusi Ramle Mat atau lebih dikenali sebagai Ramli Raja Laut dan membawa pulang wang tunai RM5,000, piala serta sijil.

Sementara itu, tukang karut terbaik dimenangi oleh Azahar Yaacob dari Kumpulan Sri Istana.
Kedua-dua pasukan diberi tema 'Wang' pada pusingan pertama manakala bagi pusingan kedua pula bertajuk 'Kahwin Awal Lebih Baik Daripada Kahwin Lewat' dalam pertandingan yang disiarkan secara langsung di saluran TV1 itu.




Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Rodhiah Omar.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail; Ketua Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli dan Pengarah Penyiaran Kelantan, Datuk Sayuti Mokhtar.
Sementara itu, wakil Kumpulan Sri Tanjung Kuala, Mohd. Fadil Mohd. Noor, melahirkan rasa syukur dan gembira di atas kejayaan kumpulannya kerana menyifatkan lawan mereka, Kumpulan Sri Istana merupakan pasukan yang cukup digeruni.

Kejayaan mengalahkan 45 pasukan lain tersebut katanya, berkat usaha kesungguhan ahli-ahli pasukannya berlatih selama dua minggu.

"Saya sangat gembira dan tidak menyangka sama sekali dapat memenangi pertandingan ini kerana pertarungan cukup sengit.

"Kami hanya sempat berlatih selama dua minggu sebelum tibanya hari kemuncak dan nampaknya usaha kami selama ini membuahkan hasil," katanya yang mula menceburi bidang seni tersebut sejak di bangku sekolah lagi.

Pertandingan dikir barat yang diadakan untuk melahirkan bakat baharu bagi mempopularkan warisan bangsa agar terus segar dalam kalangan generasi muda tersebut turut diserikan dengan persembahan artis Haziq dan Rahmat Mega.


Kredit Artikel Dari : http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130225/wt_02/Sri-Tanjung-Kuala-juara-dikir-barat#ixzz2LzLhDyTx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Banjir Pulok Ko Kelate Kito????

Sudoh duo tigo hari kelate kito duk huje berek-berek tok henti-henti. Lagumano la pat-pat rendoh tu deh mesti naik air dos. Dengar koba ada dos tepat-tepat hok terpakso berpindoh tuh. Harap xdop kecelakoam yg menimpo awop-awop kito di musim uje ni.

                                           Gambar Sekadar Hiasan

Baru jah terimo perkhabare di Tanoh Meroh nga Pasir Puteh ado doh hok berpindoh disebabkan air naik. Mungkin tepat-tepat tu rendoh mugo kawase alik sana tu dekat nga sungai Kelate, mano-mano rumah di tepian sungai tu pakat-pakat la berjago-jago.

Selamat Datang Ke Blog KelantanFacebook

Hari ini dilancarkan blog dan fanpage facebook utk set2 kito di alam mayo. Hok mano ghaso dio tuh pior kelantanese dan memey anok jati kelante maghi la kito bersatu set kito.

Ambo buke nok berceloteh gapo sekodar mengajok adik kakkok pokcik2 mokcik2 dan pokdaro2 semo utk mengeratkan sillaturrahim sesama fok2 kito di alam mayo nih jah.

Molek benar kito ada jaringan untuk merapatkan ukhwah sesamo anok kelate dan kito dapat bentuk komuniti terbesar di alam mayo. Tok seko oghe kelate ni hebat-hebat belako dan biso-biso belako dalam dunia moden pun fok2 kito tok kentinggalan dek arus maso yg berlalu.

Negeri Kelate tanah Serendoh Sekebun Bungo. Nama diberi seindah negerinya, oghe hok tok rajim maghi kelate mesti tok kan seko indah nama dan tempatnya. Hanyo oghe yg beso jah dapat menikmatinya.